Thursday, November 13, 2008

tenangkan minda...

Bila suami balik kerja, isterinya suruh ke supermarket beli brg2 dapur.
Jadi pi lah si suami ni beli semua brg2 tadi. Bila balik rumah , isteri tadi ambil beg2 plastik bawa kluar semua brg untuk di simpan. Isteri terjumpa lah satu tin marjerin.
Di luar tin tu ada tulis .. FREE... Isteri tanya suami dia mana benda yg FREE ni ?
Kenapa tak ambil. Suami kata la lupa nak mintak benda tu tadi.
Isteri pun suruh suami pi balik ke supermarket claim benda FREE tu .
Suami pun pi lah bawa tin planta tadi jumpa salesgirl nak claim benda FREE.
Bertengkar lah suami tadi ngan salesgirl tadi. Salesgirl tu kata benda free tu ada dalam tin. Suami kata mana boleh, dalam mesti tak dak punya.
Dia mintak jugak dari salesgirl benda FREE tu.
Supervisor lalu kat situ dan terdengar pertengkaran mereka.
Apabila supervisor tanya apasai dia pulak kena marah dengan suami tadi.
Suami tadi mintak jugak benda FREE dari supervisor tadi .
Suami tadi tunjuk tin planta yg ada bertulis ... FREE tu...
Supervisor tadi belek kanan belek kiri tin planta tu ...... ada la tertulis ....
dalam bahasa Inggeris .....supervisor tu baca .......CHOLESTEROL FREE..........!!!!
_________________________________________________________

Pada suatu hari, ada 3 ekor kekura (kura kura) nak gi bekelah bersama sama. Kekura pertama membawa makanan, Kekura kedua membawa minuman, sedangkan kekura ketiga tidak membawa apa-apa pun selamber jek lenggang perut. Didalam perjalanan tiba-tiba hujan pun turun dengan lebat dan derasnya, sehingga mereka tak boleh meneruskan perjalanan. Kemudian timbul perbualan di antara mereka.
Kekura I : "ERmmm..... salah sekor dari kita mesti balik untuk amik payung. Siapa yang nak pegi ni?"
Kekura II dan I saling pandang memandang, dan sepakat menuding Kekura III.
Kekura III : "Tak nak ahhh. Aku jalan lambat dan nanti aku nak sampai sini lagilah terlambat. Sure nkorang akan bedal makanan ni semua."
Kekura I & II : "Takk lah. Kita orang tunggu sampai nko datang."
Kekura III : "Betul??? Kalau aku lambat 1 jam?"
Kekura I & II : "Kita orang akan tetap tunggu."
Kekura III : "Kalau 3 jam ??"
Kekura I & II "Kita orang akan tetap tunggu."
Kekura III : "Kalau 1 hari ?? "
Kekura I & II : "Kita orang akan tetap tunggu."
Kekura III : "3 hari ???"
Kekura I & II :"Kita orang akan tetap tunggu."
Kekura III : "5 hari???? "
Kekura I & II : "Kita orang akan tetap tunggu."
Kekura III : "1 minggu? "
Kura I & II : ""Kita orang akan tetap tunggu."
Kekura III : "2 minggu?"
Kekura I & II : ""Kita orang akan tetap tunggu." !!!!!!! nko pegi jek lah"

Dengan berat hati, akhirnya Kekura III pun berangkat. Kekura I & II menunggu dengan setia. Sehari, dua hari dan seminggu telah berlalu. Kekura III tak jugak balik balik. Setelah dua minggu berlalu, Kekura I & II sudah tidak dapat menahan lapar.

Kekura I : "Aku dah tak tahan lapar ni . Kita makan jek lah "
Kekura II : "Aku pun dah nak pensan ni. Jom ahh kiter perabih mengkanan ni"

Tiba-tiba Kekura III muncul dari semak-semak dan berseru " Hoii !!!!!!!!!!!!!!! Nasib baik aku belom pegi lagi... kalau tak sure nko rang abiskan makanan ni kan kan????!!!!!!!!"
_______________________________________________________

Terima kasih cikgu! Thank you teacher!
Bile cikgu keluar aje... Yahoo... merdeka!
Kelas ini umpama aku yang punya..bukan pengetua yang punya..
Biler cikgu tak datang sekolah, fuh! Jadi fun-fair kelas. ha!ha!ha!
Macam-macam style dan gaya bile cikgu takde.
Mulalah riuh rendah dibuatnya.
Budak pompuan mulalah operasinya.Nak tau apa dia...operasi bercermin mukalah..
Time cikgu ada, tak berani mereka.Bila cikgu keluar aje, hah, pass cermin sini sana..
Klau cermin tu berparasaan... huh! Alamat pecah berderai lah ia.
Tak kurang yang membuat mesyuarat semasa.
Dok berkelompok... hah buat apa? Buat gosiplah dia.
Sambil itu menjamu selera hai, pe nak jadi le ngan mereka.
Yang lelaki plak dok tepi koridor atau tangga-tangga..
Ape lagi bukak kedai karaoke ler.
Tak kurang juga yang jalan merata..Jadi peragawan tayang muka.
Kalau hensem macam Rosyam tak pe le juga..Ni tak... jerawat batu penuh muka.
Muka macam kartun pun ada..Atuk aku lagi hensem!
Ketua dan penolong pun satu kepala..
Setengah pengawas pula tak bleh harap belaka..
Ada buku tak mau baca..Jadi aksesori diatas meja.
Tak sedar exam is around the corner..Hah bila pas dok bersuka-suka..
Muka tersembam atas meja..Apa lagi bukak kilang taik mata lah..
Bila cikgu datang, segar bugar belaka..
Muka mereka semua toya bila cikgu keluar aje, continue semula..
Semua ini bukan rekaan semata-mata..
Tapi satu realiti, suatu yang nyata..
Ini le ragam sesetengah student..Bile cikgu takde!
 
[ AZZ'S BLOG..CELIK MATA..BUKA MINDA.. ]